Tuesday, August 26, 2014
INFO
1)
KOPI
“Sebaik-baiknya minuman kopi dinikmati
pada waktu pagi, bagi marangsang minda dan badan untuk lebih bertenaga”
-
Sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga
dan melindungi kulit
-
Mampu merangsang sel kolagen yang
menghasilkan kulit anjal dan gebu
-
Boleh melangsingkan dan menghaluskan tubuh
-
Merendah risiko kanser prostate
-
Peminum kopi mempunyai 80% kurang risiko
untuk mendapat penyakit parkison, 25% kurang risiko kerosakan hati
-
Merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa
letih
-
Memberi tenaga
-
Dapat merangsang kalenjar perut untuk
membebaskan lebih banyak bahan penghadaman
-
Menjadikan usus lebih aktif
-
Maningkatkan daya denyutan jantung dan nadi
MANFAAT
KOPI DARI SEGI KECANTIKAN
- Mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
- Menghaluskan kulit
- Mencegah timbulnya jerawat
- Melembabkan kulit
- Membantu menghilangkan sel kulit mati
- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan selulit
- Meneutralkan kulit yang menggelupas
- Memberikan nutrisi pada kulit
2)
DURIAN
“Ia digelar
sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana
khasiat yang dimilikinya”
-
Membantu mengekalkan kesihatan kulit, hormon
imunisasi, fungsi saraf dan pelawas
-
Menghindari sembelit
-
Dapat mengatasi aneamia kerana mengandungi
vitamin B9 yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah
-
Mengandungi vitamin C yang berfungsi sebagai
antioksidan dan antipenuan
-
Potasium atau kalsium yang baik untuk tulang dan
sendi
-
Boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana
mengandungi posphorat
-
Mengawal nafsu makan kerana durian mengandungi
thiamine (vitamin B1)
-
Dapat mengatasi migraine dengan viboflarin (vitamin B2)
-
Mengandungi nutrisi dalam jumlah yang tinggi
berbanding buahan lain
-
Banyak mengandungi phytonurient, polytosterol,
antioksidan, organsulfur dan tryptophan
-
Tinggi kandungan serat
APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG
DURIAN?? JOM KAJI SELIDIK…
1.
Rendah kalori
Buah durian sememangnya mempunyai kalori yang tinggi dan
ramai yang beranggapan kalori yang tinggi boleh menyebabkan kegemukan badan.
Namun, tahukah anda bahawa purata seulas durian tidaklah mencecah sehingga
melebihi 50 kcal dan ianya tidaklah terus menyumbang kepada kegemukan yang
terlampau.
2. Rendah kandungan gula
Purata satu ulas durian hanya mengandungi 10 g gula
sahaja. Ianya tidaklah terlalu tinggi. Kandungan gula dalam durian bergantung
kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau anda hanya makan 2-3 ulas, ianya
masih kurang dan tidaklah seperti anda meminum satu tin minuman soda.
3. Rendah lemak
Satu ulas durian baru ada dalam 1-2 g lemak dan ianya
tidaklah terlalu tinggi malah lemak yang terkandung bukanlah lemak tepu.
4. Nilai nutrisi yang
tinggi
Seperti yang anda semua tahu, buah durian kaya dengan
pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant
Vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex
dan potassium. Mineral seperti ini penting
untuk mengawal bendalir dalam badan, mengawal denyutan jantung serta tekanan
darah. Durian juga mengandungi calcium
dan phosphorus.
5. Tiada kandungan kolesterol
Jangan khuatir…durian atau mana-mana buah tidak mengandungi
sebarang kolesterol pun. Kolesterol hanya datang dari sumber haiwan contohnya
daging, bukan tumbuhan.
6. Pengambilan yang
berlebihan
Pengambilan durian yang terlampau banyak sememangnya
tidaklah disyorkan. Memang betul…tapi itu bukanlah untuk durian semata-mata
malah untuk segala-galanya termasuklah apa yang makan dalam seharian. Setakat 1-3
ulas sekali makan, itu tidaklah menjadi masalah.
7. Boleh memanaskan
badan
Walaupun buah durian mempunyai kualiti yang boleh
memanaskan badan dengan baik, harus diingat juga jangan makan secara
berlebihan. Lebih parah lagi kalau anda mempunyai penyakit diabetes atau
tekanan darah tinggi.
8. Boleh hilangkan
stress
Buah durian mengandungi asid amino iaitu tryptophan bagi membantu meningkatkan pengeluaran
hormon serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk. Disebabkan itulah, anda mudah
rasa mengantuk, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang dengan hanya makan durian.
9. Meningkatkan nafsu
seks
Keadaan ini merujuk kepada kualiti durian yang boleh
memanaskan badan melalui peningkatan peredaran darah dalam badan sahaja. Namun,
hati-hati bagi anda yang mempunyai tekanan darah tinggi.
10. Bukanlah salah durian
bagi penghidap diabetes
Bagi mereka yang mempunyai diabetes yang tinggi, itu
bukanlah soal durian semata-mata ye. Tapi mereka yang ada diabetes atau kencing
manis anda seharusnya kawal pengambilan gula dan makanan atau minuman yang
tinggi kandungan glukosa.
3) KURMA
Menurut Dr. David Conning, Pengarah Am
British Nutrition Foundation, segelas air yang mengandungi glukosa akan diserap
oleh tubuh dalam masa 20-30 minit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma akan
diserap dalam masa 45-60 minit. Ini bermaksud orang yang makan banyak kurma pada
waktu sahur akan menjadi segar dan kurang lapar, sebab ia kaya dengan serat.
Saidina
Ali r.a.meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma)
setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
-
Kaya dengan serat dan potassium
-
Penguat memori
-
Baik untuk wanita mengandung/bersalin
-
Penawar racun
-
Merawat penyakit
-
Mengubati gangguan usus dan sembelit
-
Mudah diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga
yang cepat
-
Kulit buah kurma mengandungi serat dan ianya boleh mencegah
barah usus besar kerana ia melawaskan.
-
Jus kurma boleh mengatasi masalah sembelit dan
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk
-
Kurma mencegah serangan strok
-
Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya
KELEBIHAN
MENGENAI KURMA. SAMADA ANDA PERCAYA ATAU TAK..AYUH SEMAK
1.
Percayakah
anda bahawa untuk melakukan aktiviti seharian dengan penuh semangat hanya
dengan berbekalkan setiap butir kurma akan memperolehi kalori yang cukup.
2.
Pernahkah
anda ketahui bahawa sabut pokok kurma dapat menghindari daripada
penyakit-penyakit kulit dan ia juga boleh dijadikan pembersih paling baik bagi
tubuh badan.
3.
Percayakah
anda kurma mempunyai kelebihan yang lebih sihat daripada kaviar.
4.
Pernahkah
anda ketahui bahawa 100 gram madu yang terkandung 315 kalori setara dengan
setiap 100 gram kurma yang megandungi 318 kalori.
5.
Percayakah
anda bahawa kurma adalah salah satu buah yang dapat menggembirakan hati seseorang yang sedih
hanya dengan merebus kurma tersebut dan diminum seperti teh.
6.
Pernahkah
anda ketahui kurma di seluruh dunia ini mempunyai 1,450 jenis.
7.
Pernahkah
anda ketahui askar membekalkan makanan yang paling penting untuk mereka iaitu
kurma untuk berperang kerana ia dapat membekalkan kalori dan menguatkannya
serta dapat menggiatkan kelenjar adrenal sehingga tidak takut akan kematian dan
menjadi seorang yang berani.
8.
Tahukah
anda kurma mempunyai ekstrak yang dapat mengubati kemandulan wanita.
9.
Pernahkah
anda ketahui orang yang memakan kurma setiap hari boleh menjauhkan diri
daripada gangguan jin.
10. Percayakah anda kurma adalah makanan
dan ubat yang paling penting bagi para angkasawan.
3:43 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)