---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Return (main ingredients) 
1) KOPI


“Sebaik-baiknya minuman kopi dinikmati pada waktu pagi, bagi marangsang minda dan badan untuk lebih bertenaga”


- Sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit
- Mampu merangsang sel kolagen yang menghasilkan kulit anjal dan gebu
- Boleh melangsingkan dan menghaluskan tubuh
- Merendah risiko kanser prostate
- Peminum kopi mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkison, 25% kurang risiko kerosakan hati
- Merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih
- Memberi tenaga
- Dapat merangsang kalenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman
- Menjadikan usus lebih aktif
- Maningkatkan daya denyutan jantung dan nadi



MANFAAT KOPI DARI SEGI KECANTIKAN

- Mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
- Menghaluskan kulit
- Mencegah timbulnya jerawat
- Melembabkan kulit
- Membantu menghilangkan sel kulit mati
- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan selulit
- Meneutralkan kulit yang menggelupas
- Memberikan nutrisi pada kulit



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Return (main ingredients)

2) DURIAN


“Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya”


- Membantu mengekalkan kesihatan kulit, hormon imunisasi,  fungsi saraf dan pelawas
- Menghindari sembelit
- Dapat mengatasi aneamia kerana mengandungi vitamin B9 yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah
- Mengandungi vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuan
- Potasium atau kalsium yang baik untuk tulang dan sendi
- Boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphorat
- Mengawal nafsu makan kerana durian mengandungi thiamine (vitamin B1)
- Dapat mengatasi migraine dengan viboflarin (vitamin B2)
- Mengandungi nutrisi dalam jumlah yang tinggi berbanding buahan lain
- Banyak mengandungi phytonurient, polytosterol, antioksidan, organsulfur dan tryptophan
- Tinggi kandungan serat



APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG DURIAN?? JOM KAJI SELIDIK…

1. Rendah kalori 
Buah durian sememangnya mempunyai kalori yang tinggi dan ramai yang beranggapan kalori yang tinggi boleh menyebabkan kegemukan badan. Namun, tahukah anda bahawa purata seulas durian tidaklah mencecah sehingga melebihi 50 kcal dan ianya tidaklah terus menyumbang kepada kegemukan yang terlampau.

2. Rendah kandungan gula 
Purata satu ulas durian hanya mengandungi 10 g gula sahaja. Ianya tidaklah terlalu tinggi. Kandungan gula dalam durian bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau anda hanya makan 2-3 ulas, ianya masih kurang dan tidaklah seperti anda meminum satu tin minuman soda.

3. Rendah lemak
Satu ulas durian baru ada dalam 1-2 g lemak dan ianya tidaklah terlalu tinggi malah lemak yang terkandung bukanlah lemak tepu.

4. Nilai nutrisi yang tinggi
Seperti yang anda semua tahu, buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant Vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium. Mineral seperti ini penting untuk mengawal bendalir dalam badan, mengawal denyutan jantung serta tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus.

5. Tiada kandungan kolesterol 
Jangan khuatir…durian atau mana-mana buah tidak mengandungi sebarang kolesterol pun. Kolesterol hanya datang dari sumber haiwan contohnya daging, bukan tumbuhan.

6. Pengambilan yang berlebihan
Pengambilan durian yang terlampau banyak sememangnya tidaklah disyorkan. Memang betul…tapi itu bukanlah untuk durian semata-mata malah untuk segala-galanya termasuklah apa yang makan dalam seharian. Setakat 1-3 ulas sekali makan, itu tidaklah menjadi masalah.

7. Boleh memanaskan badan
Walaupun buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan dengan baik, harus diingat juga jangan makan secara berlebihan. Lebih parah lagi kalau anda mempunyai penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi.

8. Boleh hilangkan stress
Buah durian mengandungi asid amino iaitu tryptophan bagi membantu meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk. Disebabkan itulah, anda mudah rasa mengantuk, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang dengan hanya makan durian.

9. Meningkatkan nafsu seks
Keadaan ini merujuk kepada kualiti durian yang boleh memanaskan badan melalui peningkatan peredaran darah dalam badan sahaja. Namun, hati-hati bagi anda yang mempunyai tekanan darah tinggi.

10. Bukanlah salah durian bagi penghidap diabetes 
Bagi mereka yang mempunyai diabetes yang tinggi, itu bukanlah soal durian semata-mata ye. Tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis anda seharusnya kawal pengambilan gula dan makanan atau minuman yang tinggi kandungan glukosa.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Return (main ingredients)

3) KURMA 

Menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, segelas air yang mengandungi glukosa akan diserap oleh tubuh dalam masa 20-30 minit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma akan diserap dalam masa 45-60 minit. Ini bermaksud orang yang makan banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan kurang lapar, sebab ia kaya dengan serat.


Saidina Ali r.a.meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.



- Kaya dengan serat dan potassium
- Penguat memori
- Baik untuk wanita mengandung/bersalin
- Penawar racun
- Merawat penyakit
- Mengubati gangguan usus dan sembelit
- Mudah diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga yang cepat
- Kulit buah kurma mengandungi serat dan ianya boleh mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
- Jus kurma boleh mengatasi masalah sembelit dan menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk
- Kurma mencegah serangan strok
- Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya





KELEBIHAN MENGENAI KURMA. SAMADA ANDA PERCAYA ATAU TAK..AYUH SEMAK


1. Percayakah anda bahawa untuk melakukan aktiviti seharian dengan penuh semangat hanya dengan berbekalkan setiap butir kurma akan memperolehi kalori yang cukup.

2. Pernahkah anda ketahui bahawa sabut pokok kurma dapat menghindari daripada penyakit-penyakit kulit dan ia juga boleh dijadikan pembersih paling baik bagi tubuh badan.

3. Percayakah anda kurma mempunyai kelebihan yang lebih sihat daripada kaviar.

4. Pernahkah anda ketahui bahawa 100 gram madu yang terkandung 315 kalori setara dengan setiap 100 gram kurma yang megandungi 318 kalori.

5. Percayakah anda bahawa kurma adalah salah satu buah yang dapat  menggembirakan hati seseorang yang sedih hanya dengan merebus kurma tersebut dan diminum seperti teh. 

6. Pernahkah anda ketahui kurma di seluruh dunia ini mempunyai 1,450 jenis.

7. Pernahkah anda ketahui askar membekalkan makanan yang paling penting untuk mereka iaitu kurma untuk berperang kerana ia dapat membekalkan kalori dan menguatkannya serta dapat menggiatkan kelenjar adrenal sehingga tidak takut akan kematian dan menjadi seorang yang berani.

8. Tahukah anda kurma mempunyai ekstrak yang dapat mengubati kemandulan wanita.

9. Pernahkah anda ketahui orang yang memakan kurma setiap hari boleh menjauhkan diri daripada gangguan jin.

10. Percayakah anda kurma adalah makanan dan ubat yang paling penting bagi para angkasawan.